Tuesday 31 October 2017

25 Kesalahan Ibu Bapa

Teks: Mazlina binti Omar

Assalamualaikum ibu bapa yang budiman sekalian. Salam keceriaan saya hulurkan buat anda sebagai ibu bapa yang sentiasa mengimpikan kejayaan cemerlang buat permata hati anda. Alhamdulillah minggu ini kebanyakan sekolah sudah selesai Peperiksaan Akhir Tahun. Tidak ketinggalan ada sekolah yang sudah mula mengedarkan skrip jawapan anak. Tahniah kepada ibu bapa yang telah membantu anak berjaya. Semoga kejayaan terus datang hendaknya.

Pepatah Melayu ada mengatakan,”Yang baik dijadikan teladan,yang buruk dijadikan sempadan”.
Berikut saya kongsikan beberapa kesilapan yang adakalanya ibu bapa lakukan dan akhirnya menjadi penghalang kejayaan anak. Perkongsian ini diharap membantu ibu bapa bertindak positif dalam usaha memajukan pendidikan anak pada tahun 2018 nanti.

Senarai kesalahan dan kesilapan ibu bapa

Kesalahan 1 Salah anggapan
Ibu bapa tidak menganggap anak mereka sangat bijak.

Kesalahan 2 Anak yang salah
Ibu bapa sering menyalahkan anak kerana tidak cemerlang.

Kesalahan 3 Tiada contoh teladan
Ibu bapa tidak belajar bersama anak.

Kesalahan 4 Contoh yang salah
Ibu bapa sering memuji anak orang lain.
  
Kesalahan 5 Tiada penghargaan
Ibu bapa tidak pernah menghadiahkan anak bahan yang mengandungi elemen ilmiah.

Kesalahan 6 Sikap pasif
Ibu bapa tidak hadir majlis dan program anjuran sekolah.

Kesalahan 7 Kurang kesedaran
Ibu bapa tidak menghargai bakat dan kebolehan anak.

Kesalahan 8 Tidak kreatif
Ibu bapa tidak kreatif mendidik anak belajar.

Kesalahan 9 Keseorangan
Ibu bapa tidak berusaha membantu menyiapkan kerja sekolah anak.

Kesalahan 10 Kebebasan anak
Ibu bapa tidak membenarkan anak bebas dalam membuat keputusan yang boleh membantu dirinya berjaya dalam akademik.

Kesalahan 11 Motivasi
Ibu bapa tidak menerapkan keyakinan kepada anak

Kesalahan 12 Empat dalam satu
Ibu bapa enggan menyuruh anak melakukan tugas lain selain belajar

Kesalahan 13 Kurang bajet
Ibu bapa tidak suka berbelanja dalam pendidikan.

Kesalahan 14 Suka yang percuma
Ibu bapa sering berjimat dalam pendidikan.

Kesalahan 15 Suasana belajar
Ibu tidak membuka ruang untuk anak belajar dalam suasana yang menarik.

Kesalahan 16 Tiada dorongan
Ibu bapa tidak menyokong minat anak apatah lagi memberi dorongan kepadanya.

Kesalahan 17 Tidak mahu tingkat motivasi
Ibu enggan membaca buku motivasi atau menghadiri bengkel dalam usaha membantu kecemerlangan anak.

Kesalahan 17 Katak bawah tempurung
Ibu bapa tidak cakna tentang pendidikan seperti mengambil tahu format peperiksaan, kandungan dan sukatan pelajaran.

Kesalahan 18 Hanya ibu atau bapa
Ibu atau bapa sahaja yang melihat perkembangan dan membantu pendidikan anak iaitu biasanya pendidikan dilepaskan kepada kaum ibu sahaja.

Kesalahan 19 Kurang persediaan
Ibu bapa tidak bersedia awal, membantu anak mengulang kaji. Setiap hari mengulangi perkataan nanti atau mula esok sahaja.

Kesalahan 20 Aku pun boleh!
Ibu bapa enggan berguru atau mendapatkan khidmat “coaching” dalam usaha meningkatkan prestasi anak.

Kesalahan 21 Hanya satu contoh sahaja
Ibu bapa hanya bergantung kepada satu rujukan sahaja dan tidak menerapkan “blended learning”.

Kesalahan 22 Hanya puji tiada hadiah
Ibu bapa tidak memberikan intensif terhadap usaha anak.

Kesalahan 23 Rugi bayar pendidikan
Ibu bapa tidak menganggap pendidikan ialah pelaburan.

Kesalahan 24 Tidak mahu tambah ilmu
Ibu bapa tidak menambahkan ilmu untuk membantu anak cemerlang

Kesalahan 25 Takdir anak kurang pandai
Ibu bapa hanya berserah kepada takdir, anak corot ialah satu ketentuan Ilahi. Kesimpulannnya berhenti berusaha.

Pernyataan yang saya nyatakan di atas ialah antara kesalahan yang saya lakukan. Saya juga manusia biasa yang tidak dapat lari dari kesilapan. Apa yang membanggakan diri ialah bagaimana saya bangkit dan terus membawa anak mengecapi kecemerlangan tersebut. Saya berkongsi cerita bagaimana saya menuju dan memimpin anak disleksia saya menuju kecemerlangan dalam ebook mini di laman blog saya. Semoga kisah saya ini memberi inspirasi buat ibu bapa di luar sana untuk tidak mengulangi kesilapan sebaliknya mengambil tindakan positif saya untuk memacu kejayaaan anak kalian.

Kepada ibu bapa yang ingin membaca ebook mini saya yang bertajuk Panduan Cemerlang UPSR, bolehlah
Hantarkan emel kalian melalui
Whatsapp dan Tanya Teacher Ina di link berikut




Persediaan Setiap Ibu Bapa

Teks: Mazlina binti Omar

Dalam bab 3,  saya menyentuh tentang persediaan yang harus dilakukan oleh ibu bapa. Antara perkongsian ialah kita perlu fahami tentang konsep keibubapaan. Konsep ini membawa kita lebih faham dan jelas mengapa kita harus membantu anak kita cemerlang. Selain itu kita perlu menyediakan wang yang mencukupi. Wang menjadi keperluan dalam memacu kejayaan anak.

Tuesday 24 October 2017

Naskah Pertama Sempena Hari Lahir

Teks: Mazlina binti Omar

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya siapkan naskah Panduan Cemerlang UPSR.  Ia merupakan sebuah ebook pertama yang telah saya kongsikan bagaimana membawa anakanda sulung, Hatim Hayyan bin Hasnol ke arah kecemerlangan di peringkat sekolah rendah.

Siapakah yang sesuai membaca ebook ini?
Ebook ini secara ikhlasnya ditujukan khas buat ibu bapa yang ingin meraih kecemerlangan buat anak mereka dalam UPSR 2018. Umum telah mengetahui bahawa anakanda saya merupaka seorang kanak-kanak Disleksia. Melalui naskah ini saya ceritakan bagaimana saya membantu anak saya berjaya belajar di dalam aliran perdana, tidak pernah gagal dalam Ujian Linus dan tidak pula terpilih untuk berada dalam Kelas Khas atau Pemulihan. Pada saya kejayaan tersebut sudah membuktikan bahawa anak saya cemerlang sebagai seorang kanak-kanak Disleksia. Selain itu, antara kejayaan yang terakhir sebelum keputusan sebenar UPSR 2017 ialah, anak saya berjaya mendapat keputusan yang agak memuaskan pada Peperiksaan Percubaan UPSR 2017 iaitu meraih Bahasa Melayu Pemahaman A. Pada saya itu pun sudah cemerlang. Alhamdulillah.

Apabila ibu bapa berminat membeli dan membaca ebook ini, saya pasti ibu bapa sudah memiliki personaliti seperti saya, yakni mengingini kejayaan anak-anak. Naskah ini ditulis agar ia mampu memotivasikan ibu bapa yang mempunyai anak seperti saya atau sesiapa sahaja yang dambakan kejayaan anak mereka.

Melalui Panduan Cemerlang UPSR ini, saya turut berkongsi rahisa, cara-cara, langkah dan teknik yang harus dilakukan untuk mengatur langkah mendaki gunung kejayaan. Selain itu, saya turut membantu ibu bapa mencari sebab mengapa anak susah mendapat kecemerlangan, berdasarkan beberapa kesilapan yang dilakukan semasa belajar.

Pengalaman yang dikongsi bukan sekadar omongan kosong kerana saya bercerita berdasarkan input dan fakta yang benar, yang pernah saya garap menerusi sesi terapi khas bersama pakar kanak-kanak dan ahli terapi. Naskah ini sangat padat dengan pengurusan minda yang sangat sesuai diaplikasikan kepada murid yang lemah dan sederhana.

Marilah bersama saya mengutip ilmu dan ikuti kisah jatuh dan bangun saya dalam mendidik anak disleksia ini.

Sebelum mengakhiri nukilan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih buat suami, ibu bapa, guru-guru budiman Sekolah Kebangsaan Bedong, dan mereka yang telah membantu anak saya secara langsung atau tidak dalam membawa kecemerlangan buatnya.

Sekian terima kasih.
Mazlina binti Omar
https://panduancemerlangupsr.blogspot.my/ 

http://mazlinabintiomar.wasap.my/ 



Kenali Penulis

Penulis dilahirkan pada 14 Oktober 1982, merupakan seorang ibu beranak tiga. Seorang yang gemar menulis tentang pengalaman dalam pendidikan awal kanak-kanak, sekolah rendah dan menengah kerana pembabitan beliau sebagai usahawan pendidikan sejak tahun 2004.

Beliau pernah menjalankan perniagaan makanan namun lebih mencintai bidang pendidikan. Beliau kini terkenal di merata negeri kerana mengetuai dan menjadi pembimbing bagi beberapa kumpulan sokongan seperti Program Sokongan Intan Payung di media sosial seperti Facebook dan Whatsapp.

Beliau kini mengembangkan pengalaman dengan menghasilkan beberapa modul, kertas soalan, panduan menjawab dan pemarkahan dalam peperiksaan. Ia bertujuan supaya memudahkan ibu bapa cakna tentang format baharu dan sukatan pelajaran terkini. Beliau berusaha agar setiap perkongsiannya dapat membantu ibu bapa  memantau dan mengulang kaji bagi menghadapi peperiksaan dan sekali gus meraih keputusan yang baik. Beliau turut diundang mengendalikan bengkel dan seminar kepada ibu bapa dan murid. 

Melalui Panduan Cemerlang UPSR, penulis berkongsi sebuah kisah benar seorang ibu yang sibuk bekerja, membantu anaknya, seorang disleksia berjaya meningkatkan diri dalam akademik.


Layang Warkah Minta Pertolongan Daripada Suami


Saya tertarik dengan teknik belajar bersama anak.  Memang betul belajar bersama anak akan dapat membuatkan anak lebih bersemangat untuk belajar. Berada di sebelah pun sudah mencukupi.  Ini pengalaman real yang pernah saya dapat.  Saya juga pernah tested anak-anak saya.  Apabila saya tinggalkan mereka dengan menyiapkan kerja rumah sendiri, mereka seolah–olah sudah tiada semangat.  Sangat penting pemantauan berkala bersama ibu dan anak.  Saya sangat mengesyorkan anda di luar sana mencuba panduan penulis ini, Puan Mazlina.  Sangat berkesan!

Saya juga amat tertarik dengan warkah cinta buat suami dalam tajuk kerjasama  mendidik anak. InsyaAllah saya turut akan mencubanya.  Hehe..sangat mendalam isi surat mohon pertolongan tu. Sebab saya ini seorang yang tidak pandai untuk meminta  tolong. Tetapi melihat cara kiasan Puan Mazlina, InsyaAllah saya pasti cuba! Satu idea yang bagus tu.

Banyak perkara yang para ibu lalui semasa mengandung. Ia banyak memberi kesan kepada bayi sejak dari kandungan.  Jaga tingkah laku, percakapan dan pemakanan. InsyaAllah yang lahir adalah insan yang terpilih lagi cemerlang. Amalkan pembacaan Al-Quran merupakan kesimpulan muhasabah yang Puan Mazlina anjurkan..

Cara mengurus masa senggang pun saya suka.  Sebenarnya banyak perkara yang boleh kita gunakan untuk add on pelajaran anak-anak kita dalam waktu begini.  Urus masa senggang memang amat penting. Saya amat bersetuju dengan penulis e book ini! 

Tahniah!
Puan Mazlina Omar.
Daripada, 
Puan Hasnida Hamid
Usahawan Ilearn Ace Sasbadi

Kejayaan Tetap Milik Anakku


Saya percaya dengan kata-kata "Success doesn't come to you , you go to it.!" Kejayaan tidak akan datang kepada kita, kita yang berusaha ke sana. Lebih kurang begitu maksudnya. Ebook “Cemerlang UPSR ini saya kira sebuah naskah berbentuk "priceless love" kasih sayang seorang ibu yang dikirimkan oleh Allah kepada seorang anak syurga yang bisa menjadikan si ibu kuat kerana si anak yang cukup berbakat! Puan Mazlina mengajak wanita memilih untuk jadi ibu yang berani menghadapi ujian Ilahi menerusi kelebihan anak beliau yang perlukan perhatian. Sebuah kisah inspirasi. Kisah 'Disleksia' yang tidak mahukan sebarang alasan untuk berjaya atau berdalih mengejar impian. Kisah ibu yang mahukan kejayaan menjadi milik anaknya walau apa cara sekalipun.

"A great teacher is not actually the teacher , it is obviously the mother." -Madam B

Ikhlas,
Penulis Blog,
Puan Bibi Normi Md Noor

Lengkap! Menyediakan Senarai Tugas Ibu Bapa dan Anak

Sering kita terlupa bahawa untuk memperolehi anak yang cemerlang, ibu bapa juga harus cemerlang. Bukan semestinya cemerlang dalam akademik tetapi dari pelbagai segi. Penulis ada berkongsi beberapa persediaan yang perlu ibu bapa lakukan dalam memastikan anak anda benar-benar bersedia untuk peperiksaan yang penting buat mereka.

Gaya penulisan melalui pengalaman amat menyeronokkan apabila membacanya. Pengalaman peribadi adalah lebih praktikal daripada teori yang sering kita baca di beberapa buku ilmiah. Pengalaman penulis boleh kita tokok tambah agar sesuai dengan situasi dan persekitaran anak kita. Lebih menyenangkan penulis telah menyediakan senarai what to do dalam proses membantu anak UPSR.

Panduan persediaan anak-anak menjelang peperiksaan dijelaskan oleh penulis dengan lengkap, ini boleh dijadikan aktiviti untuk masa berkualiti di antara ibu bapa dan anak-anak. Anda wajib baca dan mulakan sekarang untuk bersedia UPSR 2018.

Daripada,
Coach Hazwani Abd Hamid
Juru audit